Notis Perlindungan Data Peribadi bagi Sunway Education Group

Sunway Education Group dan Kumpulan Syarikat Sunway, termasuk Sunway Berhad, Sunway Integrated Properties Sdn. Bhd. dan anak-anak syarikat Sunway Berhad (“Sunway”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini, "kami", “kita” atau mana mana derivatif yang berkaitan merujuk kepada Sunway, dan "anda" dan "kamu" atau mana mana derivatif yang berkaitan merangkumi pihak ketiga yang data peribadinya telah anda berikan kepada Sunway.

Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda, termasuk maklumat peribadi sensitif mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa Sunway boleh meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan dan menerbitkan Notis Perlindungan Data Peribadi yang dibetulkan, disemak, atau dikemaskini di tapak sesawang kami atau melalui e-mel.

Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya anda di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum memberikan data peribadi anda kepada Sunway. Sekiranya kami mengetahui bahawa kami mengumpul maklumat peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa pengesahan persetujuan ibu bapa, kami akan memadamkan maklumat tersebut. Sekiranya anda percaya kami mungkin mengumpul maklumat daripada atau tentang kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa pengesahan persetujuan ibu bapa, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan di bawah.

Sila ambil maklum bahawa data peribadi anda yang sensitif (contohnya data kesihatan atau keadaan fizikal atau mental anda) dan maklumat perubatan anda (contohnya sejarah perubatan pesakit, diagnosis, alergi) tidak akan dikongsi atau dizahirkan kepada mana-mana entiti melainkan di mana anda telah memberikan persetujuan bertulis anda.

1        Maklumat Peribadi
        
         1.1       Jenis maklumat peribadi

Maklumat peribadi bermakna sebarang maklumat yang berkaitan dengan anda atau pihak ketiga lain yang berkaitan dengan anda yang dikumpulkan atau diberikan kepada Sunway bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen (2) di bawah.

Kami memproses maklumat peribadi anda yang mungkin merangkumi nama anda, nombor Kad Pengenalan, maklumat hubungan, kepercayaan agama, sejarah atau maklumat perubatan, keputusan peperiksaan, rekod akademik, maklumat kewangan dan akaun perbankan, maklumat mengenai keluarga anda, saudara-mara atau pihak ketiga yang anda berikan kepada kami, pilihan anda apabila membeli produk dan perkhidmatan daripada kami, maklumat dalam format audio dan / atau video (termasuk suara, rakaman video, televisyen litar tutup ("CCTV") dan rakaman keselamatan), gambar (termasuk gambar), maklumat pengesanan lokasi / GPS, jenis maklumat lain seperti yang dinyatakan di pautan ini, dan semua maklumat lain yang anda diberikan kepada Sunway melalui saluran-saluran yang berikut:

(a)        Laman web Sunway dan laman web afiliasi Sunway;
(b)        Aplikasi mudah alih daripada Sunway;
(c)        Borang elektronik daripada Sunway;
(d)        Borang fizikal daripada Sunway;
(e)        E-mel; dan/atau
(f)         Media sosial dan platform komunikasi perutusan yang lain

 

1.2       Sumber maklumat peribadi
           
(i)         Pelajar atau bakal pelajar: Sunway mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada ibu bapa, penjaga dan / atau agen-agen perekrutan semasa anda, ibu bapa anda, penjaga dan / atau agen-agen perekrutan menghantar kepada kami borang pertanyaan, permohonan dan / atau pendaftaran yang telah diisi lengkap melalui pelbagai cara, termasuk dalam talian dan salinan keras di tempat-tempat awam, seminar-seminar yang diadakan di sekolah-sekolah dan / atau semasa anda, ibu bapa / penjaga anda dan / atau agen-agen perekrutan anda melawat kampus-kampus kami. Maklumat peribadi anda mungkin dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

(ii)        Ibu bapa / penjaga pelajar atau bakal pelajar kami: Sunway mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada anak / tanggungan anda, ejen-ejen perekrutan semasa anda menghantar borang pertanyaan, permohonan dan / atau pendaftaran yang telah diisi lengkap melalui pelbagai cara, termasuk dalam talian dan salinan keras di tempat-tempat awam, seminar-seminar yang diadakan di sekolah-sekolah dan / atau semasa anda, anak / tanggungan anda dan / atau ejen-ejen perekrutan anda melawat kampus-kampus kami. Maklumat peribadi anda mungkin dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

(iii)        Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan / atau aktiviti-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan: Sunway mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda semasa anda menyatakan minat anda untuk dihubungi bagi acara-acara sebegitu dan aktiviti-aktiviti pemasaran (termasuk pengumpulan kad perniagaan melalui kaedah balang ikan atau semasa acara-acara silam yang kami anjurkan). Maklumat anda juga mungkin boleh dikumpul secara tidak langsung (sebagai contoh, melalui direktori-direktori perdagangan/dalam talian) atau daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

(iv)       Penderma Jeffrey Cheah Foundation: Sunway mengumpul maklumat peribadi secara langsung daripada anda semasa anda mengisi borang sumbangan / ikrar melalui salinan keras dan / ataudalam talian. Maklumat anda mungkin juga dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

(v)        Penjual, pembekal, atau penyedia perkhidmatan: Sunway mengumpul maklumat peribadi anda secara langsung daripada anda atau secara tidak langsung daripada majikan atau agensi rujukan kredit apabila mengemukakan tender untuk projek-projek atau dalam proses transaksi komersial. Maklumat peribadi anda juga boleh dikumpul daripada kuki melalui penggunaan laman web kami.

1.3       Maklumat peribadi wajib
           
Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda menyediakan melainkan dinyatakan sebaliknya.

Sekiranya anda gagal untuk menyediakan maklumat wajib, kami mungkin tidak akan dapat memproses permintaan anda dan/atau membekalkan anda dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan.
2        Tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan lanjut (termasuk penzahiran) maklumat peribadi anda

(i)         Pelajar atau bakal pelajar: Maklumat peribadi anda dikumpul dan selanjutnya diproses oleh Sunway sebagaimana diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk pelbagai tujuan akademik, pendidikan dan pentadbiran, termasuk yang di bawah:

  • untuk memproses permohonan anda bagi penerimaan masuk dan seterusnya memastikan penyediaan perkhidmatan-perkhidmatan akademik dan pendidikan yang berterusan kepada anda (termasuk perakaman butir-butir pengajian) dan menilai pencapaian-pencapaian akademik anda;
  • untuk membekalkan perkhidmatan sampingan seperti permohonan visa dan liputan insuran sepanjang tempoh pengajian anda dengan kami;
  • untuk membantu anda dalam penempatan, latihan amali atau program sangkutan dengan pihak-pihak ketiga (yang Latihan amali, penempatan atau program sangkutan adalah diperlukan untuk penamatan pengajian anda);
  • untuk mentadbir dan berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan yuran pengajian dan bayaran-bayaran lain yang berkaitan;
  • untuk mentadbir penggunaan anda terhadap kemudahan-kemudahan kami dan pengurusan acara-acara kami seperti perpustakaan, kediaman, kemudahan-kemudahan komputer, penamatan pengajian, alumni;
  • untuk mengendalikan kampus-kampus kami dalam suatu cara yang selamat secara fizikal, terjamin dan bersesuaian dengan keperluan-keperluan kesihatan dan keselamatan;
  • untuk memproses perminataan anda untuk sebarang produk dan perkhidmatan;
  • untuk menjalankan dan menyokong analisis pemasaran dalaman dan analisis mengenai, corak dan pilihan dan hubungan pelajar dengan syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk, dan syarikat gabungan Sunway;
  • dikumpulkan dan disimpan ke dalam repositari pusat yang dapat diakses oleh syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan yang berkaitan dengan Sunway;
  • untuk membuat dan menyampaikan produk dan perkhidmatan yang diperibadikan untuk anda untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda;
  • untuk memberi anda pengalaman pelanggan yang lebih lancar;
  • untuk menyokong penyelidikan dan inovasi produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk menyimpan dan menjalankan proses analisis data;
  • untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memadankan mata kesetiaan yang disediakan oleh pihak ketiga / rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk tujuan kolaborasi dengan rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang dan peraturan Sunway dalam menjalankan perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan, acara yang akan datang, promosi, iklan, pemasaran dan bahan komersial yang kami rasa mungkin menarik untuk anda *;
  • untuk menghantar ucapan musim, pesanan khas atau komunikasi lain yang serupa;
  • untuk membolehkan pihak ketiga menghubungi anda untuk kempen pengiklanan, promosi atau pemasaran yang dilakukan oleh mana-mana entiti pihak ketiga;
  • untuk memastikan bahawa kandungan daripada tapak sesawang kami disampaikan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan untuk komputer dan / atau peranti anda; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway

Khususnya, kepercayaan agama diproses bagi tujuan lapaoran kepada Kementerian Pendidikan dan mana-mana pihak berkuasa berkenaan. Maklumat kesihataan diproses untuk membantu anda dalam pengajian anda di Sunway.

(ii)        Ibu bapa / penjaga pelajar atau bakal pelajar kami: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses secara lanjut oleh Sunway seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk pelbagai tujuan akademik, pendidikan dan pentadbiran yang termasuk di bawah:

  • untuk memproses permohonan pelajar bagi penerimaan masuk;
  • untuk menghubungi anda dalam peristiwa kecemasan atau kemalangan;
  • untuk memberitahu anda mengenai kemajuan pelajar, yuran pengajian kami dan pembayaran lain yang berkaitan;untuk memberi perkhidmatan sampingan kepada pelajar seperti permohonan visa dan perlindungan insurans;
  • untuk memproses permintaan anda untuk sebarang produk dan perkhidmatan;
  • untuk menjalankan dan menyokong analisis pemasaran dalaman dan analisis corak, pilihan dan hubungan ibu bapa / penjaga dengan syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan Sunway;
  • dikumpul dan disimpan ke dalam repositori pusat yang dapat diakses oleh syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan yang berkaitan dengan Sunway;
  • untuk membuat dan menyampaikan produk dan perkhidmatan yang diperibadikan untuk anda untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda;
  • untuk memberi anda pengalaman pelanggan yang lebih lancar;
  • untuk menyokong penyelidikan dan inovasi produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk menyimpan dan menjalankan proses analisis data;
  • untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memadankan mata kesetiaan yang disediakan oleh pihak ketiga / rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk tujuan kolaborasi dengan rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk mematuhi obligasi-obligasi undang-undang dan kawal selia Sunway dalam menjalankan perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi-promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda*;
  • untuk menghantar ucapan musim, pesanan khas atau komunikasi lain yang serupa;
  • untuk membolehkan pihak ketiga menghubungi anda untuk kempen pengiklanan, promosi atau pemasaran yang dilakukan oleh mana-mana entiti pihak ketiga;
  • untuk memastikan kandungan tapak web kami adalah dipamerkan dalam cara yang paling berkesan untuk anda dan komputer dan/atau peranti anda; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway

(iii)        Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan aktivit-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan: Maklumat peribadi anda adalah dikumpul dan diproses secara lanjut oleh Sunway seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk tujuan-tujuan komersial yang berikut:

  • untuk membekalkan anda dengan maklumat, produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang anda minta daripada kami dan apa-apa tujuan yang berkaitan dengannya;
  • untuk menghubungi anda mengenai produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara yang akan datang,
  • untuk menjalankan dan menyokong analisis pemasaran dalaman dan analisis mengenai corak, pilihan dan hubungan pelanggan / klien dengan syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan Sunway;
  • dikumpulkan dan disimpan ke dalam repositori pusat yang dapat diakses oleh syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk dan syarikat gabungan yang berkaitan dengan Sunway;
  • untuk membuat dan menyampaikan produk dan perkhidmatan yang diperibadikan untuk anda untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda;
  • untuk memberi anda pengalaman pelanggan yang lebih lancar;
  • untuk menyokong penyelidikan dan inovasi produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk menyimpan dan menjalankan proses analisis data;
  • untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memadankan mata kesetiaan yang disediakan oleh pihak ketiga / rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk tujuan kolaborasi dengan rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
  • untuk menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan, acara yang akan datang, promosi, iklan, pemasaran dan bahan komersial yang kami rasa mungkin menarik bagi anda *;
  • untuk menghantar ucapan musim, pesanan khas atau komunikasi lain yang serupa;
  • untuk membenarkan pihak ketiga menghubungi anda untuk iklan, promosi atau kempen pemasaran yang dijalankan oleh mana-mana entiti pihak ketiga;
  • untuk memberitahu anda mengenai perubahan pada produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk memastikan bahawa kandungan dari tapak sesawang kami disampaikan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan untuk komputer dan / atau peranti anda;
  • untuk mematuhi tanggungjawab undang-undang dan peraturan Sunway dalam menjalankan perniagaannya; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway

(iv)       Penderma Jeffrey Cheah Foundation: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses secara lanjut oleh Sunway seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk pengurusan rekod dalaman Sunway.

(v)        Penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan: Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses lebih lanjut oleh Sunway seperti yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang anda minta, termasuk yang berikut:

  • untuk mentadbir dan melaksanakan transaksi komersial;
  • untuk memproses pembayaran yang berkaitan dengan transaksi komersial;
  • untuk tujuan siasatan dalaman, audit atau keselamatan;
  • untuk mematuhi kewajiban undang-undang dan peraturan Sunway dalam menjalankan perniagaannya;
  • untuk menghubungi anda berkenaan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara akan datang, promosi, pengiklanan, pemasaran dan bahan-bahan komersial yang kami rasa dapat menarik minat anda;
  • untuk memastikan bahawa kandungan dari tapak web kami disampaikan dengan cara yang paling berkesan untuk anda dan untuk komputer dan / atau peranti anda; dan
  • untuk pengurusan rekod dalaman Sunway

 

*Di mana anda telah menyatakan persetujuan anda untuk menerima bahan pemasaran atau promosi daripada Sunway yang dikemaskini, anda boleh memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran atau promosi tersebut pada bila bila masa sahaja. Anda boleh memilih pilihan "berhenti melanggan (“unsubscribe”)" yang disediakan dalam e-mel / SMS yang dihantar oleh Sunway atau anda boleh menghubungi Sunway melalui butiran-butiran yang diberikan dalam Seksyen (6) di bawah.

 

Pemprosesan Analisis Data

Sunway ingin berkongsi dan menggabungkan data anda ke dalam satu platfom untuk dikongsi di seluruh Kumpulan Syarikat Sunway, termasuk Sunway Berhad dan Sunway Education Group Sdn Bhd. Kami akan menggunakan dan berkongsi data anda untuk tujuan analisis dan pengukuran untuk memahami bagaimana produk dan perkhidmatan kami digunakan, untuk membantu meningkatkan produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan, untuk memberi anda produk dan perkhidmatan yang lebih diperibadikan, dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar.

Sebagai contoh, kami menganalisis data mengenai pilihan dan keutamaan anda berkaitan dengan produk dan perkhidmatan yang anda beli daripada kami untuk menghantar iklan dan bahan promosi yang disasarkan kepada anda. Kami juga memproses data mengenai iklan yang anda berinteraksi untuk membantu kami dan pengiklan memahami prestasi pelbagai kempen iklan.

3        Penzahiran dan pemindahan maklumat peribadi (di dalam atau luar Malaysia)

         3.1       Entiti-entiti dalam Sunway
                    
Maklumat peribadi anda yang dibekalkan kepada kami adalah diproses dan dizahirkan kepada entiti (di dalam atau di luar Malaysia) di dalam Sunway (termasuk syarikat berkaitan, anak-anak syarikat, syarikat induk, syarikat bersekutu dan rakan khidmat luaran) termasuk senarai entiti dalam Sunway Berhad dan Sunway Education Group Sdn Bhd [https://sunway.edu.my/corporate-directory-listing]  ini untuk tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tujuan pengumpulan dan pemprosesan selanjutnya (termasuk menzahirkan) maklumat peribadi anda) di atas.
Sunway akan memastikan bahawa:

  • akses ke maklumat peribadi anda adalah terhad kepada kakitangan-kakitangan yang mana akses diperlukan secara kontrak untuk memproses maklumat peribadi sejajar dengan keperluan pekerjaan masing-masing.

 

3.2       Kelas-kelas pihak ketiga

Maklumat peribadi anda boleh dizahirkan atau dipindahkan kepada pihak-pihak ketiga yang berkaitan (di dalam atau luar Malaysia) seperti yang diperlukan di bawah undang-undang, berdasarkan hubungan kontrak atau perniagaan yang relevan, penyedia perkhidmatan kami atau untuk tujuan yang dinyatakan di Seksyen (2) (Tujuan mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda (termasuk menzahirkan dengan lebih lanjut) di atas (atau berkaitan langsung dengan tujuan tersebut).

Maklumat peribadi anda (termasuk data peribadi anda yang sensitif) boleh dizahirkan atau diberikan kepada pengiklan, rakan niaga atau entiti pihak ketiga yang lain dan penasihat / wakil mereka (di dalam atau di luar Malaysia) untuk tujuan kempen iklan, promosi atau pemasaran yang dilakukan oleh mana-mana entiti pihak ketiga.

Sekiranya terdapat penjualan, pelupusan, pengambilalihan, penggabungan atau penyusunan semula perniagaan yang kemungkinan, dicadangkan atau yang sebenarnya (“Transaksi”), maklumat peribadi anda mungkin diperlukan untuk dizahirkan atau dipindahkan ke pihak ketiga oleh sebab Transaksi tersebut. Anda dengan ini mengakui bahawa penzahiran dan pemindahan tersebut mungkin berlaku dan anda membenarkan Sunway melepaskan maklumat peribadi anda kepada pihak lain dan penasihat/wakilnya.

(i)         Pelajar atau bakal pelajar: Maklumat peribadi anda boleh dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Kementerian Pendidikan, jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  • Mana-mana orang yang diwajibkan atau diminta untuk melakukannya berdasarkan undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi yang berwibawa atau kerajaan;
  • Jabatan kerajaan asing, agensi kerajaan atau pihak berkuasa jika anda mendaftarkan diri dalam program bertauliah asing;
  • Jabatan imigresen Malaysia (termasuk agensi yang dilantik oleh jabatan imigresen Malaysia untuk menjalankan perkhidmatannya) jika anda dikehendaki mendapatkan atau memperbaharui visa pelajar anda untuk tempoh pengajian anda dengan Sunway Education Group;
  • Kedutaan asing (termasuk agensi yang dilantik oleh kedutaan asing untuk menjalankan perkhidmatan mereka) jika Sunway membantu anda dalam permohonan visa anda sebagai sebahagian daripada prosedur pemindahan anda ke universiti asing;
  • Penaja anda termasuk ibu bapa / penjaga anda;
  • Rakan sejawat luaran kami menyediakan program pendidikan luaran, berkembar atau yang serupa;
  • Pihak ketiga memberikan anda penempatan lampiran atau magang sebagai sebahagian daripada keperluan kursus anda;
  • Badan pengawalseliaan atau akreditasi profesional atau undang-undang yang berkaitan bergantung pada program atau keperluan kursus anda;
  • Agensi penguatkuasaan undang-undang; dan
  • Pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk memberikan perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, syarikat percetakan, syarikat telekomunikasi, kontraktor, penganjur persidangan / latihan / acara, penasihat lain, agensi pelancongan, agensi pengambilan dan insurans syarikat).

Berikutan penamatan pengajian anda, kami akan mengekalkan suatu ringkasan maklumat peribadi anda bagi tempoh yang tidak terbatas sebagai rekod kami. Butir-butir perhubungan anda akan dimasukkan ke pangkalan data alumni. Pejabat Alumni atau Fakulti / jabatan anda akan menghubungi anda pada masa hadapan untuk memastikan anda mendapat berita terkini yang mungkin berfaedah bagi anda termasuk peluang untuk menjalin hubungan dengan kawan-kawan sedarjah lama dan membina rangkaian untuk perkembangan diri dan pekerjaan. Sekiranya anda berhasrat untuk memilih keluar daripada penerimaan maklumat terkini, sila pilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel maklumat terkini yang dihantar oleh Pejabat Alumni. Sila ambil perhatian bahawa Pejabat Alumni kami tidak akan menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga

(ii)        Ibu bapa/penjaga pelajar atau bakal pelajar kami: Maklumat peribadi anda boleh dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Kementerian Pendidikan, jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;
  • Mana-mana orang yang mana kami diwajibkan atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada agensi berwibawa atau kerajaan;
  • Jabatan kerajaan asing, agensi kerajaan asing atau pihak berkuasa asingjika pelajar tersebut telah didaftarkan dalam program bertauliah luar negara;
  • Jabatan Imigresen Malaysia (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatannya) sekiranya pelajar itu dikehendaki untuk mendapat atau membaharui visa pelajarnya bagi tempoh pengajiannya dengan Sunway Education Group;
  • Kedutaan-kedutaan luar negara (termasuk agensi-agensi yang dilantik oleh kedutaan-kedutaan asing untuk menjalankan perkhidmatan-perkhidmatan mereka) sekiranya Sunway membantu pelajar tersebut dalam permohonan visanya sebagai sebahagian daripada tatacara pemindahannya ke universiti-universiti luar negara;
  • Rakan-rakan sejawat luar kami yang membekalkan program-program pendidikan luar, berkembar atau program lain yang seumpamanya;
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang; dan
  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, syarikat percetakan, syarikat telekomunikasi, kontraktor, penganjur persidangan / latihan / acara, penasihat-penasihat lain, agensi pelancongan, agensi perekrutan dan syarikat insuran).

(iii)        (a) Klien / pelanggan atau bakal klien / pelanggan untuk produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, acara-acara, persidangan-persidangan, seminar-seminar dan aktiviti-aktiviti pemasaran lain yang kami anjurkan;

            (b) Penderma Jeffrey Cheah Foundation; dan

            (c) Penjual, pembekal atau penyedia perkhidmatan

            Berhubung dengan tiga kategori yang dinyatakan di atas, maklumat peribadi anda mungkin dizahirkan kepada kelas-kelas pihak ketiga yang berikut:

  • Pihak-pihak ketiga yang kami lantik untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan kepada kami atau bagi pihak kami (seperti juruaudit, peguam-peguam, setiausaha syarikat, syarikat percetakan, kontraktor, penganjur persidangan / latihan / acara dan penasihat lain);
  • Agensi-agensi penguatkuasa undang-undang;
  • Jabatan-jabatan / agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri; dan
  • Mana-mana orang yang mana kami diwajibkan atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi yang berwibawa atau kerajaan.

3.3       Pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia

Mungkin perlu bagi kami untuk memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia jika ada pihak ketiga yang disebut dalam bahagian 3 (Penzahiran maklumat peribadi) di atas termasuk penyedia perkhidmatan kami atau rakan niaga yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan kepada kami berada atau mempunyai kemudahan pemprosesan di negara-negara di luar Malaysia.

Anda bersetuju untuk kami memindahkan maklumat peribadi anda ke luar Malaysia kepada pihak ketiga tersebut dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Seksyen 2 (Tujuan pengumpulan dan pemprosesan selanjutnya (termasuk menzahirkan) maklumat peribadi anda).

Kami akan mengambil langkah yang diperlukan untuk memastikan bahawa mana-mana pihak ketiga tersebut terikat secara kontrak untuk melindungi maklumat peribadi anda dan mereka hanya dapat memproses maklumat peribadi anda di bawah arahan kami

4        Laman Web

         4.1       Pautan ke laman-laman web yang lain
                    
Pautan-pautan ke laman-laman web yang lain dibekalkan bagi kemudahan dan maklumat anda. Laman-laman web ini mungkin mempunyai kenyataan privasi masing-masing, yang kami cadangkan agar anda semak semula sekiranya anda melawat mana-mana laman web dalam pautan. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan dalam pautan laman-laman web atau sebarang penggunaan laman-laman web tersebut.

4.2       Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi
           
Produk-produk atau aplikasi-aplikasi mengesan lokasi menyampaikan maklumat lokasi anda kepada kami. Kami tidak menggunakan maklumat yang dihantar atau dibekalkan selain daripada untuk membekalkan perkhidmatan yang anda minta. Fungsi pengesanan lokasi adalah pilih masuk dan anda mempunyai kawalan atas penyertaan anda dan boleh menutup perkhidmatan-perkhidmatan sebegitu pada bila-bila masa atau menyahpasangkannya.

Sesetengah aplikasi mudah alih akan menggunakan Google Analytics (atau alat yang serupa) untuk membantu kami memberikan khidmat kepada anda dengan lebih baik melalui produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diperbaik dan semakan-semakan terhadap aplikasi mudah alih. Maklumat yang terkumpul ini tidak akan mengenalpastikan anda kepada kami. Walau bagaimanapun, ia mungkin membolehkan kami mengetahui anda tanpa nama tentang perkhidmatan-perkhidmatan dan fungsi-fungsi yang paling kerap anda gunakan dalam aplikasi tersebut dan juga jenis peranti dan fungsi-fungsi perkakasan, negara dan bahasa muat turun.

4.3       Kuki

Kuki boleh digunakan dalam pemprosesan maklumat anda. Kuki adalah fail teks yang dimasukkan ke dalam memori komputer dan / atau peranti anda oleh komputer kami. Salinan fail teks ini dihantar oleh komputer dan / atau peranti anda setiap kali ia berkomunikasi dengan pelayan kami. Kami menggunakan kuki untuk mengenal pasti anda. Kami juga dapat mengumpul maklumat berikut semasa lawatan anda ke tapak web kami dan / atau nama domain yang memenuhi syarat dari mana anda mengakses tapak sesawang kami, atau sebagai alternatif, alamat IP anda:
(i)         tarikh dan masa anda mengakses setiap halaman di tapak web kami;
(ii)        URL mana-mana lelaman web dari mana anda mengakses tapak web kami (perujuk); dan
(iii)        Pelayar web yang anda gunakan dan halaman yang anda akses.

Beberapa tapak web mungkin memerlukan anda memberikan sejumlah maklumat peribadi untuk menikmati perkhidmatan tertentu di tapak web kami (kelayakan log masuk sistem, alamat e-mel dan perhubungan, dsb.). Maklumat peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan yang sepatutnya sahaja, iaitu untuk membalas mesej anda atau menyampaikan perkhidmatan yang diminta.

5        Hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi
        
Anda mempunyai hak untuk mengakses dan meminda maklumat peribadi anda yang kami simpan (tertakluk selalunya kepada beberapa pengecualian yang tertentu). Kami akan melakukan sedaya upaya untuk memastikan maklumat peribadi anda adalah tepat dan terkini dan justeru itu kami meminta agar anda terus memaklumkan kepada kami sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam maklumat anda.

Jika anda ingin mengakses maklumat peribadi anda, sila rujuk borang-borang akses data lazim yang terdapat di sini dan hantarkan borang yang telah diisi lengkap atau pertanyaan ke butir-butir perhubungan yang terdapat dalam Seksyen (6) di bawah. Jika anda ingin meminda maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Sunway Education Group melalui butir-butir yang dibekalkan dalam Seksyen (6) di bawah

6        Pengehadan pemprosesan maklumat peribadi, menarik balik persetujuan, pertanyaan lanjut dan aduan

         Sekiranya

(i)         anda ingin memperoleh maklumat lanjut tentang cara untuk mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi;
(ii)        anda ingin meminta untuk mengehadkan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk pemprosesan data peribadi (sila ambil maklum bahawa kami mungkin mengekalkan data anda di mana ada asas undang-undang untuk berbuat demikian );
(iii)        anda mempunyai pertanyaan lanjut; atau
(iv)       anda ingin membuat suatu aduan berkenaan dengan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi: Pegawai Undang-undang (emel: pdpa@sunway.edu.my).

Mujahidah Aris Fadzallah
Pegawai Undang-Undang (e-mel: pdpa@sunway.edu.my)

Untuk urusan pelajar:
Tel: (603) 7491 8622
E-mel: registry@sunway.edu.my

Untuk maklumat program:
Tel: (603) 7491 8622
E-mel: info@sunway.edu.my

Untuk urusan Sekolah Antarabangsa Sunway:
Tel: (603) 7491 8070
E-mel: infosis@sunway.edu.my

Untuk urusan alumni:
Tel: (603) 7491 8622
E-mel: alumnioffice@sunway.edu.my

Untuk urusan perhubungan awam:
Tel: (603) 7491 8622
E-mel: pr@sunway.edu.my

Penolong Pengurus Khidmat Pelanggan
Perkhidmatan keahlian SUNWAY PALS
No Telefon: 03-56333988 (Waktu Operasi: Isnin-Ahad, 10am-10pm)
Alamat emel: sunwaypals@sunway.com.my

Untuk maklumat semua perniagaan lain, sila kemukakan pertanyaan anda melalui Pemasaran & Komuikasi Jenama Kumpulan di https://www.sunway.com.my/contact-us/

7        Keselamatan Data

Kami telah melaksanakan langkah-langkah fizikal, teknikal dan prosedural yang munasabah untuk memastikan keselamatan data peribadi anda daripada kehilangan secara tidak sengaja dan daripada akses, penggunaan, perubahan dan penzahiran yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja. Semua maklumat yang diberikan kepada kami telah disimpan di pelayan kami yang selamat. Langkah-langkah yang kami telah laksanakan termasuk yang berikut:

(a)        Mendaftarkan kakitangan kami yang menguruskan data peribadi dalam sistem/buku pendaftaran sebelum dibenarkan mengakses data peribadi;
(b)        Menamatkan hak akses kakitangan kami kepada data peribadi selepas kakitangan berhenti kerja, ditamatkan kontrak atau perjanjian, atau diselaraskan mengikut perubahan dalam Sunway;
(c)        Mengawal dan mengehadkan takat kuasa kakitangan kami untuk mengakses sistem data peribadi bagi tujuan mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi;
(d)        Menyediakan ID pengguna dan kata laluan untuk kakitangan yang diberi kebenaran mengakses data peribadi;
(e)        Membatalkan ID pengguna dan kata laluan dengan serta-merta apabila kakitangan yang diberi kebenaran mengakses data peribadi tidak lagi mengendalikan data peribadi;
(f)         Menetapkan prosedur keselamatan fizikal seperti yang berikut:
(i)         mengawal pergerakan keluar dan masuk ke tempat penyimpanan data;
(ii)        menyimpan data peribadi di lokasi yang bersesuaian iaitu selamat daripada ancaman fizikal atau semula jadi serta tidak terdedah;
(iii)        menyediakan kamera litar tertutup di tempat penyimpanan data (sekiranya perlu); dan
(iv)       menyediakan kawalan keselamatan dua puluh empat (24) jam sehari (sekiranya perlu)
(g)        Mengemas kini Sandaran/Sistem Pemulihan (“Back Up/Recovery System”) dan perisian anti-virus bagi melindungi data peribadi daripada insiden pencerobohan;
(h)        Melindungi sistem komputer daripada ancaman perisian perosak (”malware“) bagi mengelakkan serangan ke atas data peribadi;
(i)         Melarangkan pemindahan data peribadi melalui peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) kecuali dengan kebenaran pengurusan tertinggi Sunway dan perlindungan yang sesuai telah dilaksanakan;
(j)         Merekodkan sebarang pemindahan data peribadi yang menggunakan peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) melainkan dikecualikan dengan kebenaran pengurusan tertinggi Sunway dan perlindungan yang sesuai telah dilaksanakan;
(k)        Memastikan pemindahan data peribadi melalui perkhidmatan pengkomputeran awam (“cloud computing service”) mematuhi prinsip-prinsip perlindungan data peribadi di Malaysia, dan undang-undang perlindungan data peribadi di negara-negara lain;
(l)         Menyelenggara rekod akses ke atas data peribadi secara berkala dengan sempurna dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan apabila diarahkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi;
(m)       Memastikan semua kakitangan kami yang terlibat dalam pemprosesan data peribadi sentiasa menjaga kerahsiaan data peribadi subjek data;
(n)        Mengadakan kontrak dengan pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk mengendalikan dan menjalankan akitviti pemprosesan data peribadi.

Kami juga memastikan bahawa mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang menyimpan atau memproses maklumat peribadi anda telah melaksanakan tahap keselamatan yang sama dan boleh diterima.

Walaubagaimanapun, penghantaran maklumat melalui internet adalah tidak selamat sepenuhya. Walaupun kami berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda, kami tidak boleh menjamin keselamatan maklumat peribadi anda yang dihantar melalui laman web kami.

8        Penyimpanan Data Peribadi

Kami akan memproses data peribadi anda selagi kami mempunyai asas undang-undang untuk membuat demikian. Maklumat peribadi anda akan disimpan hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, dan selepas itu kami akan memastikan bahawa data peribadi anda dipadamkan.

Kami juga melaksanakan langkah-langkah yang berikut untuk pengurusan dan pemadaman data peribadi yang disimpan oleh kami:

(a)        Menyelenggara sistem untuk merekodkan pelupusan data peribadi secara berkala dengan sempurna dan rekod tersebut hendaklah dikemukakan apabila diarahkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi;
(b)        Menyemak dan melupuskan semua data peribadi yang tidak diperlukan di dalam pangkalan data dari masa ke masa;
(c)        Menyediakan dan menyelenggara jadual pelupusan data peribadi untuk data yang tidak aktif bagi tempoh dua puluh empat (24) bulan;
(d)        Melupuskan borang pengutan data peribadi yang digunakan untuk transaksi komersial dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari, melainkan borang tersebut mempunyai nilai perundangan yang berkaitan dengan transaksi komersial tersebut;
(e)        Melarangkan penyimpanan data peribadi melalui peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai yang diberi kuasa oleh pengurusan tertinggi Sunway

9        Konflik

Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Notis Perlindungan Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Notis dalam Bahasa Inggeris akan mengatasinya.
Klik di sini untuk versi Bahasa Inggeris

Notis Perlindungan Data Peribadi ini terakhir dikemaskini pada 16 Oktober 2023.